Terawih

Salam

Alhamdulillahi rabbilalamin. U
ntuk post kali ini teringat akan pesan nabi s.a.w riwayat dari Aisyah R.A yang menceritakan bahawa nabi bertaubat lebih dari 70 kali.Mari kita berhenti sejenak di mana kita boleh sama-sama meneliti dan menghayati bahawa seorang rasul atau nabi tetap bersungguh-sungguh mencari syurga Allah walaupun diri mereka seratus peratus sudah mendapat tempat di syurga yang paling tinggi dan sentiasa dijaga oleh Allah s.w.t.Nabi juga beribadah sehingga bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri dalam sembahyang.

Dalam bulan yang penuh barakah dan maghfirah ni Allah telah megurniakan ibadah yang berganda-ganda kepada umat Islam iaitu solat terawih.Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. 



  • Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir.                     
  • Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. 
  • Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. 
Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.



Antara Kualiti dan Kuantiti.

Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.

Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).