Niat

Salam,
Memandangkan ini adalah post pertama bg SAY, jadi rasanya topik niat ini paling sesuai untuk kita sama-sama renungkan. 
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
 النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hadis ini dipetik daripada himpunan hadis 40 Imam Nawawi. Dan hadis niat ini adalah hadis pembukaan bagi hadis 40. Cuba kita sama-sama renungkan? Kenapa Imam Nawawi memilih hadis berkaitan niat sebagai hadis pembukaan.

Dalam melakukan sesuatu amalan, niat adalah perkara yang paling penting. Sekiranya niat kita salah, maka segala kerja amal yg kita lakukan adalah sia-sia. Cuba kita semua bayangkan, sekecil-kecil pekerjaan yg kita lakukan pun jika diniatkan kerana Allah dan Islam, ganjaran pahala akan diberikan oleh Allah. Tak kisahlah pekerjaan yg kita sedang lakukan adalah pekerjaan yg dianggap kecil dan mudah.
Contohnya, walaupun kita membuang air tapi berniat kerana Allah, niat apabila kita dipermudahkan untuk buang air ia akan menyihatkan tubuh kita, dan kita akan dapat beribadah dengan bersungguh-sungguh sekali gus berbakti kepada Agama Allah iaitu agama Islam.

Jadi sekiranya niat untuk sesuatu amalan kita itu betul, segala langkah dan tingkah laku kita akan dianggap sebagai ibadah kerana niat adalah teras segala amalan. Setiap ibadah akan mendapat ganjaran dari Allah. Amalan baik mesti disertakan dengan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.