Realiti (Bahagian 2)


Salam.
Bismillah.
sambungan daripada bahagian 1. 

Sejak 3 tahun saya menetap disini, isu ta'dud sering kali dibangkitkan. Tetapi peliknya, isu ini tidak dapat dibentangkan dan diperjelaskan oleh mereka yang menjadikan isu ini sebagai satu isu yang hangat. 
Perbincangan berkaitan ta'adud dibuat tetapi pengisiannya hanyalah untuk menceritakan tentang sejarah penubuhan persatuan itu sendiri. Penat saya terkejar-kejar selepas kuliah untuk mendengar hujah berkaitan pensyariatan ta'adud tetapi hampa. Lain tajuk yang diberi lain pulak tajuk yang dihujah. Tiada penjelasan mengapa ta'dud ditentang oleh meraka dan mengapa bagi mereka cukup hanya persatuan mereka sahaja bertapak dibumi Mesir. Akhirnya, mogok, mogok, mogok itulah hasilnya. 
Bagi pendapat saya, tidak salah untuk mencipta persatuan baru. Itu adalah satu usaha yang baik. Mahasiswa disini dapat menerima fikrah-fikrah berkaitan agama dari pelbagai sumber. Baguskan? Malah di sekolah sendiri banyak persatuan, mengapa isu ta'dud tidak pernah disebut. Bersifat terbukalah dengan usaha orang lain dan usah gentar sekiranya ahli persatuan kita semakin berkurangan. Sekiranya kita melakukan setiap kerja dan aktiviti kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita.

Sekiranya kita tidak bersetuju dengan pendapat jemaah lain, tampil lah kehadapan untuk mengeluarkan PENDAPAT kita bukan dengan menulis komen-komen yang jelas membuktikan kejahilan dan kekurangan kita sendiri dalam membaca dan mengkaji. Bukan juga, dengan mengeluarkan kata-kata kasar dan menengking herdik sesuka hati. Keluarkan lah pendapat diri sendiri dan tegakan lah pendapat tersebut dengan hujah-hujah yang bersifat kemanusiaan mengapa kita menentang dan bukan hanya menentang sesuka hati. Barulah supermankan. Silap-silap barulah anak jantan Malay.
Dan sekali lagi, facebook dan twitter lah yang menjadi mangsa. Tak pasal-pasal berpuluh-puluh inbox dan notification keluar hanya untuk menengking herdik tanpa hujah yang jelas mengapa penentangan berlaku.
Gunakan akal kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya dan bukalah hati dalam menerima pendapat orang lain. 

Sesetengah ahli persatuan juga tidak seharusnya bersifat terlalu mengagung-agungkan persatuan sendiri. Ingatlah wahai sahabat, persatuan kita juga mampu melakukan kesilapan. Hadirnya teguran untuk kita memperbaiki agar lebih baik. Bersifat terbuka terhadap teguran. Terimalah teguran orang lain dan muhasabah kekurangan yang ada.
Sebarang penentangan juga seharunya mempunyai sebab yang jelas dan bukan dikuasi sifat fanatik dengan persatuan sendiri.
Sekiranya kita tidak tahu, bertanyalah untuk mendapat penjelasan. Jika bertanya, martabat kita sebagai manusia dan hamba Allah tidak akan pernah jatuh. Fikirlah martabat kita pada Allah bukan martabat kita pada mata manusia.