Realiti (Bahagian 1)

Salam.
Bismillah.

Setiap orang mempunyai hak untuk melontarkan pendapat masing-masing. Tetapi dalam usaha tersebut kita seharusnya sedar tentang kenyataan bahawa hormat menghormati merupakan kunci bagi setiap tindakan. 
Post kali ini lebih bersifat pemerhatian dan penelitian individu. Sesiapa sahaja berhak untuk menegur jika ia membawa kepada kebaikan bersama.
Berdakwah adalah tanggungjawab bersama. 
Suka atau tidak dengan pendapat saya itu pilihan anda sendiri. 

Mesir. Kenapa saya memilih Mesir kerana disinilah tempat saya menuntut ilmu.

Bagi pendapat saya, mahasiswa disini merupakan golongan muda yang terlalu berdarah panas. Sifat menentang yang dimiliki menggunung sehingga mampu menimbulkan banyak masalah. Sebagai golongan muda yang bakal memikul tanggungjawab dalam memimpin negara, kita seharusnya memiliki sifat terbuka dan  bersangka baik. Tetapi sifat ini jelas tidak kelihatan dalam diri sesetengah individu muslim Malaysia disini. Mereka lebih bersifat menetang dan mogok. Mungkin mengambil inspirasi dari warga Mesir yang mengamalkan sifat mogok sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu isu negara. Isu-isu kecil yang melibatkan universiti juga boleh menghasilkan mogok disini. Pelik tapi itu adalah realiti disini. 

Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dalam setiap tindakan yang dilakukan, jadi kita seharusnya menghormati tindakan individu tersebut dengan MENDENGAR penjelasan yang diberikan. Sekiranya kita tidak bersetuju, kita juga berhak melontarkan pendapat kita dengan TIDAK menimbulkan sebarang spekulasi-spekulasi yang mengeruhkan situasi dan menerima pendapat individu tersebut dengan hati yang terbuka.
Disini, sekali lagi saya tegaskan, SELEPAS mendengar penjelasan individu tersebut.

Tindakan menentang dan mogok yang dilakukan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan memburukan nama sendiri. Sebagai mahasiswa yang menuntut dalam bidang agama mahupun perubatan, pemikiran yang matang dan realistik seharusnya perlu ada dalam diri setiap individu. 
Melalui pemerhatian saya, ramai diantara kita kurang mengkaji dan hanya mendengar buah mulut orang lain. Dan yang peliknya, kita hanya menjadi pendengar dan penerima yang setia. Terlalu setia sehingga menjadikan kita tidak berpijak dibumi yang nyata. Facebook dan twitter menjadi medium untuk menggeluarkan kata-kata kasar. Page-page dicipta untuk menjatuh dan memburukan individu mahu pun jemaah/persatuan. Kesian Mark Zuckerberg, terciptanya facebook untuk menjalinkan hubungan,bukan untuk menjatuhkan atau memporak peranda. Sampai keluar spekulasi facebook bakal ditutup sebab terlalu banyak page yang dicipta. Tak ke huru hara disitu.